Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelanggan bertuah Ayamku terima wang tunai, baucar

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Awang Mohd Arif bin Haji Mohd Ridhuan muncul sebagai pemenang utama Cabutan Bertuah Ayamku sempena kempen Dine & Win Grand Shopping Spree sekali gus membawa pulang wang tunai $1,200.

    Pada majlis cabutan, hari ini, hadiah kedua berupa wang tunai $800 dimenangi oleh Awang Jazman bin Nasri dan di tempat ketiga, Awang Latif bin Muhammad membawa pulang tunai $500.

    Manakala itu, 10 orang pemenang lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar tunai Soon Lee bernilai $50 seorang.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Ayamku, Steven Chai; Pengurus Soon Lee, John Liew; dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Kingston, Aelene Siang. Turut hadir ialah, Pengurus Pemasaran dan Jualan Kingston, Kelvin Wong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kempen anjuran Restoran Ayamku dengan kerjasama Syarikat Kingston Beverage and Creamery berkenaan merupakan acara tahunan yang bermula pada pertengahan November hingga penghujung Disember lalu.

    Awang Mohd Arif membawa pulang hadiah bernilai $1,200. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Para pemenang bergambar ramai di majlis cabutan bertuah. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...