Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sabah terus kerjasama tingkat prestasi bekalan elektrik

    KOTA KINABALU, 19 JAN – Kerajaan Sabah akan terus berkerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata menerusi kerjasama itu, kerajaan negeri antara lain akan melaksanakan setiap inisiatif yang dirangka berdasarkan kuasa kawal selia tersebut dengan sasaran ditetapkan dalam Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040). 

    Menurutnya walaupun kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri telah diserahkan kerajaan Persekutuan kepada negeri, kerjasama itu tetap utuh dengan menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi kedua-dua pihak bagi memberikan kemudahan terbaik kepada rakyat.

    “Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan proses pengambil-alihan kuasa kawal selia dengan lancar dan teratur,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

    Terdahulu, Hajiji yang mewakili kerajaan Sabah menerima kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili kerajaan Persekutuan pada majlis simbolik penyerahan itu di Menara Kinabalu di sini hari ini.

    Pada majlis sama, tujuh projek yang disiapkan tahun lepas bagi mengukuhkan bekalan elektrik di Sabah, diserahkan kerajaan Persekutuan kepada negeri melibatkan enam Pencawang Pembahagian Utama (PPU), dan Stesen Janakuasa Melawa di Sepanggar di sini. – Bernama

    Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Datuk Seri Hajiji Noor (tiga, kiri) menunjukkan sebuah dokumen pada Majlis Simbolik Penyerahan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Kepada Negeri Sabah di Menara Kinabalu, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...