Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelanggan Kia berpeluang menangi hadiah hebat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Orang ramai khusus para penggemar kenderaan keluaran Kia berpeluang melihat lebih dekat ciri-ciri terbaharu yang diketengahkan dalam Kia Sorento yang diperkenalkan oleh Grand Motors Sdn Bhd kepada pasaran Brunei di Bilik Pameran Kia di Perindustrian Beribi, hari ini.

    Sempena pengenalan Kia Sorento serta meraikan ulang tahun ke-40, Grand Motors menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah menarik.

    Orang ramai yang membeli mana-mana jenama Kia bermula awal Januari hingga akhir Jun berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Kia EV6, hadiah kedua berupa Boeffi Bovalino, hadiah ketiga berupa iPhone 15 Pro Max 512GB dan banyak lagi.

    Kia Sorento versi facelift, yang merupakan sebuah kenderaan jenis SUV menampilkan rekaan yang lebih menarik, sportif serta moden dengan rupa hadapan yang diperbaharui sepenuhnya, tampil lebih agresif dengan lampu hadapan baharu yang memberikan kemasan yang lebih menarik, serta rekaan jeriji yang lebih lebar, menambah gah pada reka bentuknya.

    Lampu belakang yang bersambung juga memberikan sentuhan moden pada bahagian belakang kenderaan itu. Sementara ruang dalaman pula menyerlahkan kecanggihan dan memberikan ruang yang lebih luas dalam kabin.

    Panel skrin melengkung dengan paparan berkembar 12.3 inci memberikan sentuhan teknologi yang lebih maju. Selain itu, sistem hiburan yang boleh dikemas kini dalam talian juga turut ditampilkan.

    Kia Sorento 2024 turut ditingkatkan ciri keselamatannya. Dari segi prestasi pula, ia ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu 2WD trims-G, GL dan GLS. Kesemua dilengkapi dengan enjin 2.5 liter DOHC D-CVVT MPi dan enam kelajuan.

    Orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat Kia Sorento terbaharu tersebut bolehlah datang mengunjungi Bilik Pameran Kia di Perindustrian Beribi.

    ATAS & BAWAH: Orang ramai merebut peluang melihat dengan lebih dekat Kia versi baharu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...