Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelapor khas PBB mengenai Palestin bidas negara-negara tangguh biaya UNRWA

    ANKARA, 29 JAN – Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin mengecam negara-negara yang menangguhkan pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) yang menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

    “Sehari selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) membuat kesimpulan bahawa Israel secara munasabah melakukan genosid di Gaza, beberapa negara memutuskan untuk menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA yang secara kolektif menghukum berjuta-juta rakyat Palestin pada waktu paling kritikal dan kemungkinan besar melanggar kewajipan mereka di bawah Konvensyen Genosid,” tulis Francesca Albanese di X pada Sabtu.

    Amerika Syarikat, Britain, Itali, Australia, Kanada, Finland dan Belanda memutuskan untuk menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA berikutan dakwaan penglibatan beberapa pekerja UNRWA dalam konflik antara Hamas-Israel, lapor agensi Anadolu.

    Selepas dakwaan Israel, UNRWA pada Jumaat berkata agensi itu telah menamatkan kontrak dengan beberapa kakitangannya berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam konflik berkenaan.

    Norway menyambut baik siasatan terhadap beberapa kakitangan agensi PBB tetapi berkata ia akan terus menyokong rakyat Palestin melalui UNRWA.

    Ireland sebelum ini juga mengumumkan bahawa ia tidak akan menangguhkan pembiayaan kepada agensi PBB itu. – Bernama

    Penduduk Palestin tiba di bandar Rafah di selatan Gaza selepas melarikan diri dari serangan darat dan udara Israel di bandar berdekatan Khan Younis pada 26 Januari. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...