Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Peluang lihat lebih dekat Kia Seltos terkini

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Orang ramai khusus para penggemar kenderaan keluaran Kia berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat ciri-ciri terbaharu yang diketengahkan dalam Kia Seltos yang diperkenalkan oleh Grand Motors Sdn Bhd kepada
    pasaran Brunei semasa Dewan Pameran Terbuka Kia di Perindustrian Beribi, hari ini.

    Kia Seltos terbaharu, yang merupakan sebuah kenderaan jenis SUV dalam Segmen B, menampilkan rekaan yang lebih menarik, sportif serta tampak moden.

    Jika diperhatikan secara bersahaja, memang tidak kelihatan banyak perubahan, namun kepada mereka yang mengikuti perkembangan Kia Seltos, perubahan akan terlihat kepada grafik lampu nyalaan siang DRL yang disambung terus dengan jalur LED di bahagian gril hadapan.

    Rekaan bampar turut dikemas kini dengan bukaan yang lebih ringkas dengan ditambah pada skid plate ala aluminium.

    Pada rim pula, Kia Seltos turut membawakan perubahan dengan rim 17 inci yang lebih sportif sepadan dengan sebuah kereta SUV. Rim 17 inci adalah untuk model varian GL dan 18 inci adalah untuk varian Seltos GT Line dan GTLX.

    Menurut wakil dari Grand Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal Kia di Negara Brunei Darussalam, Kia Brunei akan menawarkan dua pilihan enjin iaitu Smartstream 1.5 Petrol dan 1.5 CRDi VGT.

    Kia Seltos terbaharu nampak lebih menarik, sportif dan moden. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat ciri-ciri terbaharu Kia Seltos yang baru sahaja dibawa masuk ke negara ini. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Ruang bahagian dalam Kia Seltos yang mengetengahkan beberapa ciri tambahan baharu. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...