Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peluang menangi hadiah menarik BIBD

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Orang ramai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan menikmati faedah perbankan yang ditawarkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) semasa Jerayawara Cuti Sekolah yang berlangsung di The Mall Gadong hari ini sehingga 10 Disember.

    Hadiah menarik untuk dimenangi berupa satu set tiket penerbangan pergi balik ke Kota Kinabalu untuk satu orang, satu unit bagasi jenama American Tourister, satu unit bagasi Samsonite dan enam baucar beli-belah bernilai $50.

    Hadiah berkenaan boleh dimenangi melalui aktiviti jerayawara, termasuk pemohon kad kredit baharu.

    Selain itu, sebagai sebahagian daripada promosi eksklusif, permohonan kad kredit Mastercard baharu yang berjaya akan mendapatkan tawaran pengecualian yuran tahunan selama tiga tahun untuk pelanggan BIBD baharu dan pengecualian satu tahun untuk pelanggan sedia ada.

    Jerayawara bukan sahaja memberikan ganjaran kepada pelanggan BIBD sedia ada atas sokongan berterusan mereka tetapi juga menyediakan mereka dengan peluang untuk memenangi hadiah menarik.

    BIBD komited untuk menyediakan pelanggannya dengan nilai istimewa dengan tujuan menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai dan digital BIBD dalam kalangan pelanggannya.

    Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai jenis kad yang datang bersama promosi dan insentif menarik untuk setiap transaksi, selain memberi ganjaran kepada pelanggan dengan BIBD Hadiah Points untuk setiap penggunaan kad kredit mereka.

    Untuk pengurusan pembayaran kad kredit yang cekap, pemegang kad BIBD mempunyai pilihan sepenuhnya untuk menyelesaikan penggunaan kad mereka setiap bulan dengan menyediakan arahan, menghapuskan sebarang caj sementara juga masih memperoleh BIBD Hadiah Points.

    BIBD Hadiah Points boleh ditukar dengan mudah kepada pulangan tunai atau ditebus dengan pembelian dalam talian, nilai tambah kredit dan pembayaran bil melalui BIBD NEXGEN Wallet.

    Salah seorang pelanggan mengunjungi petak BIBD semasa Jerayawara Cuti Sekolah yang berlangsung di The Mall Gadong kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...