Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tembak, tangkap buaya bukan penyelesaian

    KOTA KINABALU, 6 DIS – Langkah menangkap atau menembak mati buaya dilihat bukanlah penyelesaian tuntas apabila terjadinya konflik manusia dengan reptilia itu, kerana siri serangan haiwan ganas berkenaan masih berlaku terutama terhadap penduduk yang tinggal di kawasan habitat buaya.

    Justeru, Taman Buaya Tuaran dekat sini membuka pintu kerjasama kepada mana-mana institusi awam mahupun swasta untuk melaksanakan penyelidikan bagi mengenal pasti cara terbaik mengawal populasi buaya dan mencari langkah berkesan mendepani konflik haiwan dan manusia itu.

    Pengurusnya Engalbert Awing, 43, berkata pembangunan pusat konservasi buaya di negeri ini antara langkah terbaik bagi mengatasi isu berkenaan kerana selain berperanan mengawal populasi, pusat seperti itu juga mampu memainkan peranan mengkomersialkan haiwan terbabit.

    Beliau berkata buaya di Sabah berpotensi menjadi daya tarikan pelancongan dan juga dikomersialkan dalam industri pembuatan bagi mengawal populasi haiwan itu antaranya hasil daripada kulit haiwan itu, manakala daging buaya dipercayai boleh dijadikan ubat, namun semua ini perlu dilakukan secara terkawal dengan seliaan pihak berwajib. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...