Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peluang saksikan pameran gambar hingga 20 Februari

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Orang ramai masih berpeluang menyaksikan pameran gambar yang memaparkan keindahan dan keunikan budaya negara Jepun yang telah dirakamkan oleh jurugambar tempatan, Lim Han di Kompleks Beli-belah Mabohai hingga 20 Februari.

    Pameran yang memaparkan lebih 20 jenis gambar merangkumi daripada pemandangan hinggalah budaya dan tempat-tempat menarik di Jepun yang dilawati oleh Lim Han itu telah dirasmikan oleh Duta Jepun ke Brunei, Tuan Yang Terutama Maeda Toru dan Lim Han pada 24 Januari lalu.

    Pameran itu bukan saja mengongsikan hasil karya anak tempatan dalam merakamkan gambar-gambar menarik tetapi ia juga didedikasikan sempena Ulang Tahun ke-40 Penubuhan Hubungan Diplomatik di antara Jepun dan Brunei Darussalam.

    Lim Han merupakan jurugambar bebas yang pernah menjadi presiden Persatuan Persahabatan Brunei Jepun di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan salah seorang ahli yang telah menubuhkan Brunei Daily Snapshot yang mempunyai 49,000 pengikut.

    Gambar-gambar dalam Brunei Daily Snapshot itu telah diperkenalkan dalam foto untuk salah satu akaun Jepun yang paling terkenal berkaitan Brunei.

    Pameran itu adalah sebagai menghargai rakyat Brunei yang telah mempromosikan budaya Jepun dengan bersungguh-sungguh dan berharap ianya dapat mengimbau kembali kenangan mereka semasa berada di Jepun menerusi tangkapan gambar-gambar yang menarik.

    Pada tahun ini Kedutaan Jepun di negara ini telah menyusun beberapa acara untuk mempromosi budaya di antara kedua-dua buah negara.

    Gambar-gambar yang dirakam oleh Lim Han semasa berkunjung ke negara matahari terbit itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...