Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Bagi memberi peluang kepada peserta menimba pengalaman dalam pertandingan badminton, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) melalui Bahagian Hal Ehwal Belia, telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Badminton Antara Belia dan Beliawanis Masjid dengan Majlis Belia Brunei yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, hari ini.
Antara tujuan perlawanan tersebut adalah untuk melatih para peserta supaya menghargai kesihatan tubuh badan, selain memupuk semangat kerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sekali gus mengeratkan lagi tali silaturahim di antara Belia dan Beliawanis Masjid dan Majlis Belia Brunei agar dapat dimanfaatkan dan berbagi ilmu dalam kalangan mereka.
Turut hadir ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Belia, JHEM, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Yusli bin Haji Ashli.