Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelumba Brunei pamer prestasi cemerlang

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Sebilangan peminat sukan automotif dari Negara Brunei Darussalam telah menyertai Cabaran Drag Kuching yang diadakan di Taman Perindustrian Demak Laut, Kuching, Sarawak pada 22 Oktober lalu.

    Beberapa pencapaian utama kontinjen Brunei termasuk Awang Tyjay Lee bin Mohd Lyzuan dari Hondatech Racing Team yang memenangi gelaran Terbuka Turbo.

    Sementara itu, Pengerusi Hondatech Racing Team, Awang Iwan Azriman bin Abdul Jalil turut merangkul kejuaraan Terbuka Turbo 2WD selepas dia mencatat masa terbaik dan meraih kemenangan berganda apabila turut menamatkan saingan di tempat pertama dalam Terbuka C-V-TEC NA.

    Pelumba-pelumba Brunei lain yang turut menyertai pertandingan itu termasuk Jeff Ng San Shinn dan Awang Mohd Syafiq bin Abdullah daripada JVM Team yang mempamerkan persembahan dalam Kategori Terbuka Cabaran Continental dengan penyudah satu-dua.

    Sharol Raman daripada RZ Racing Team turut bertanding dan menang dalam Kategori Jalanan 1600cc NA.

    Perlumbaan sehari itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Permotoran Performance, ditaja oleh Bell1 dan diluluskan oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia dan Persatuan Sukan Permotoran Sarawak (SMA) dengan sokongan Dewan Bandar raya Kuching Utara.

    Seramai 118 pelumba dari Brunei dan Sarawak bertanding dalam 13 kategori.

    Hadir bagi menyempurnakan penyerahan trofi dan hadiah kepada para pemenang ialah Presiden SMA, Senator Dato Ahmad Ibrahim.

    Turut hadir ialah wakil Bell1 Sarawak yang juga merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan East Ocean Auto Trading Sdn Bhd, Pang Kiang Yaw dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Bell1 Singapura, YC Lee.

    Awang Tyjay Lee bergambar bersama trofi yang dimenanginya di Kuching, Sarawak baru-baru ini. – Gambar serahan Hondatech Racing Team
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...