AROSA, 25 DIS – Sophie Hediger, ahli pasukan peluncur papan salji Switzerland di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian runtuhan salji di sebuah resort di kawasan pergunungan, kata persatuan ski negara itu kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada Isnin di resort Arosa, Switzerland.
Hediger, 26 tahun, bersaing di Sukan Beijing dalam acara luncur papan salji cross wanita dan versi pasukan campuran acara yang sama.
Hediger mencapai dua kali penamat di podium Piala Dunia pertama pada musim 2023-24. Keputusan terbaiknya adalah tempat kedua di St Moritz pada bulan Januari.
“Kami terkejut dan bersimpati dengan keluarga Sophie, kepada mereka kami mengucapkan takziah yang mendalam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Swiss-Ski, Walter Reusser, dalam satu kenyataan.
“(Kehilangannya yang berlaku) secara tragis, kejam, dan terlalu awal.” – AP