Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluru mortar dijumpai di Padang Polo

    IPOH, 30 JUN – Seorang lelaki menjumpai satu objek yang menyerupai peluru mortar ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata petugas Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh menerima panggilan kira-kira 3 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan objek mencurigakan itu di tepi kolam taman rekreasi berkenaan.

    Beliau berkata peluru itu ditemukan dalam keadaan tenggelam kira-kira satu inci dalam kolam berlumpur dan terlihat bahagian belakang peluru.

    “Pasukan Unit Pemusnah Bom IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati peluru mortar tersebut berukuran panjang 300mm (milimeter), lebar 60mm dan tidak mengandungi bahan letupan dan digunakan untuk latihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata peluru mortar tersebut telah dibawa ke Bahagian Persenjataan IPK Perak untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. – Bernama

    Pasukan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak memeriksa bom mortar selepas seorang lelaki menemuinya ketika sedang berjoging di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Padang Polo kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda