Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain Boca dibebaskan polis

    BELO HORIZONTE, BRAZIL, 22 JULAI – Pemain dan pegawai Boca Juniors dibebaskan oleh polis Brazil semalam setelah 12 jam disoal siasat berikutan pergaduhan di akhir perlawanan mereka dengan pasukan tempatan Atletico Mineiro.

    Pemain dan kakitangan pasukan gergasi dari Argentina itu dituduh menyerang pemain lawan dan pegawai perlawanan, merosakkan harta benda dan barangan lain di terowong stadium.

    Boca mendakwa telah menjadi mangsa tinjauan VAR ‘berniat jahat’ yang membatal gol mereka di kedua-dua perlawanan Copa Libertadores mereka pada peringkat 16 akhir.

    Delegasi Boca yang terdiri daripada 30 orang, termasuk bekas pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo, meninggalkan stesen sejurus selepas tengah hari dengan dua bas, menuju ke lapangan terbang tempatan sebelum mereka kembali ke Buenos Aires, kata seorang jurugambar AFP.

    Mereka dibebaskan setelah membayar wang jaminan, yang menurut stesen radio tempatan Itatiaia berjumlah 9,000 reales (AS$1,700).

    Rojo dan rakan-rakan lain Javier Garcia, Diego Gonzalez dan Carlos Zambrano, pegawai rasmi Raul Cascini dituduh menyebabkan kecederaan badan, sementara pemain Cristian Pavon, Sebastian Villa dan Norberto Briasco dituduh merosakkan harta benda awam di stadium Mineirao di bandar tenggara Belo Horizonte.

    Laporan akhbar sebelumnya telah salah menyebut Carlos Izquierdoz dan dua pegawai sebagai antara mereka yang dituduh melakukan jenayah.

    Walaupun hanya lapan orang yang menghadapi tuduhan, seluruh delegasi pemain, jurulatih dan pegawai Boca Juniors pergi ke stesen berikutan huru-hara di Libertadores malam Selasa. – AFP

    Sebuah bas pasukan bola sepak Boca Juniors, yang ditahan oleh polis Brazil setelah pergaduhan pada akhir perlawanan Copa Libertadores menentang Atletico Mineiro di Belo Horizonte, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda