Monday, February 3, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain bola sepak kebangsaan langgar etika diambil tindakan disiplin

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Mengenai dengan insiden melibatkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam semasa perlawanan persahabatan ‘FIFA Days’ di Persekutuan Rusia dari 12 hingga 18 November 2024.

    Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) telah mengenakan tindakan disiplin tegas terhadap individu yang didapati melanggar peraturan, kod etika dan garis panduan yang ditetapkan.

    Tindakan itu adalah hasil daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan secara berasingan oleh KKBS dan FABD dan susulan beberapa konsultasi di antara KKBS dan FABD.

    Tindakan disiplin yang diambil termasuk penggantungan sementara daripada mewakili Pasukan Kebangsaan untuk tempoh maksimum dua tahun, khidmat masyarakat mandatori, serta penyertaan mandatori dalam Program Khidmat Bakti Negara bagi mengikuti Program Jati Diri yang bersesuaian bagi memperkukuhkan nilai disiplin dan akauntabiliti.

    Walau bagaimanapun, individu yang terlibat masih dibenarkan untuk bermain mewakili kelab dalam perlawanan antarabangsa di dalam negara serta mewakili kelab dalam perlawanan liga kebangsaan.

    KKBS menegaskan bahawa semua atlet, pegawai pasukan dan persatuan sukan bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, sama ada di dalam atau di luar negara.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda