Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemandu mabuk tikam 3 polis hingga mati

    BEIJING, 19 FEB – Pihak berkuasa di selatan China berkata seorang lelaki yang dihentikan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan tidak memiliki lesen telah menikam tiga pegawai polis hingga mati selepas mendapatkan pisau dan kembali ke balai polis.

    Kenyataan dari Daerah Shangli di wilayah Jiangxi berkata suspek, yang hanya dikenali dengan nama keluarga, Huang, telah ditahan selepas kejadian pada malam Jumaat dan akan ‘didakwa dengan ketat di bawah undang-undang’.

    Kenyataan itu tidak memberi butiran mengenai mengapa Huang tidak ditahan semasa kesalahan awal dan bagaimana dia boleh kembali ke balai polis bersama pisau.

    Jenayah kekerasan jarang berlaku di China, di mana pemilikan senjata api persendirian adalah dilarang dan polis mempunyai kuasa yang luas untuk menahan suspek.

    Salah seorang pegawai yang maut ditikam adalah seorang pekerja sambilan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...