Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu teksi pulangkan AS$17,000

    10 tahunMANILA, 3 Julai 2007 – Dia memerlukan wang untuk isterinya yang sakit dan sewa yang belum dibayar, tetapi pemandu teksi motosikal itu bersikap jujur untuk mengembalikan AS$17,000 yang ditinggalkan oleh seorang penumpang.

    Iluminado Boc memulangkan wang itu kepada polis di bandar Tagbilaran di tengah pulau Bohol, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer.

    Wanita yang kehilangan dompet baru melaporkan kepada polis apabila Boc muncul di tempat itu, menurut akhbar tersebut.

    “Ia bukan milik saya,” Boc dipetik sebagai berkata.

    Boc,45, berkata dia sedang bergelut dari segi kewangan kerana isterinya dimasukkan ke hospital pada hari yang sama dia menemui wang itu, dan mereka mempunyai sewa yang tidak berbayar.

    Tuan punya wang kemudian memberinya 1,500 peso, kira-kira tujuh kali ganda daripada yang diperolehinya sehari sebagai pemandu teksi motosikal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda