Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pematuhan langkah teras terus dititikberatkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kem. Kesihatan dan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Meskipun wabak virus COVID-19 dipercayai tidak akan pupus dan tetap berada dalam kalangan masyarakat umum, namun Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan terus memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah teras pengawalan jangkitan sentiasa dititikberatkan bagi memastikan tahap kesihatan orang ramai dapat dikawal dengan sebaiknya.

    PPDB dalam kenyataan yang diterima di sini menyatakan, sehubungan itu, intervensi pengawalan langkah-langkah keselamatan dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan terhadap masyarakat awam masih lagi diteruskan dan dipergiatkan agar penekanan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sentiasa ditanai dan dipatuhi sepenuhnya.

    Sebanyak lapan kes pelanggaran telah dikesan hari ini dan didenda kompaun di seluruh negara hasil dapatan Operasi Peralihan dari jam 10 malam sehingga 4 pagi tadi.

    Lima daripadanya adalah kesalahan melanggar arahan teranah di rumah dan tiga lagi tidak mempunyai aplikasi BruHealth.

    Tujuh kesalahan tersebut adalah dikesan di Daerah Brunei dan Muara manakala satu kesalahan didapati dilakukan di Daerah Temburong.

    Menurut PPDB lagi, ketika negara menyusuri fasa endemic ini, penekanan terhadap disiplin dan tingkah laku masyarakat akan diambil kira dalam penentu kejayaan dalam keberhasilan membendung serta mengawal penularan wabak COVID-19 ini.

    Anggota PPDB memeriksa seorang wanita yang didapati melanggar arahan teranah di rumah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...