Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangunan China amat menakjubkan – Presiden Peru

    BEIJING, 8 JULAI – Presiden Peru, Dina Boluarte berkata pembangunan yang pesat di China amat menakjubkan dan negaranya bersedia meningkatkan kerjasama khususnya sains dan teknologi dengan negara Tembok Besar itu.

    “Teknologi digital telah merangkumi hampir kesemua sektor termasuk perubatan, pertanian, pendidikan serta penyelesaian ekonomi dan perdagangan. Ini amat menakjubkan.

    “Saya juga kagum melihat syarikat automobil di Shenzhen mampu menghasilkan kenderaan elektrik (EV) sendiri dengan seratus peratus. EV tidak akan melepaskan karbon, baik untuk bumi kita dan ini patut menjadi sasaran Peru,” kata beliau.

    Baru-baru ini, Boluarte telah melakukan lawatan sulungnya selama tiga hari ke China sejak beliau menyandang jawatan Presiden Peru. Beliau sempat berkunjung ke empat bandar semasa lawatan itu.

    Di Shenzhen, destinasi pertama dalam lawatannya di China, Boluarte kagum melihat pembangunan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) serta kemajuan inovasi sains dan teknologi.

    Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Peru, Dina Boluarte berjabat tangan semasa majlis menandatangani perjanjian di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 28 Jun lalu. – AFP

    Teknologi dan pelan solusi bagi kota pintar, pendidikan, pengangkutan dan tenaga amat menarik minat beliau. Sementara pelbagai teknologi canggih kenderaan tenaga baharu (NEV) juga mendapat pujian tinggi Boluarte.

    Presiden Peru itu juga berpeluang berkunjung ke syarikat BYD dan Huawei di Shenzhen.

    Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 terjalinnya perkongsian komprehensif China-Komuniti Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) dan Forum China-CELAC.

    Presiden China, Xi Jinping mengibaratkan hubungan kedua-dua pihak sebagai ‘kapal komuniti berkongsi nasib’.

    Sementara itu, Boluarte yakin negara-negara CELAC akan menganggap China sebagai teladan baik.

    “Oleh itu, saya rasa CELAC harus mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas beberapa inisiatif anjuran Presiden Xi dan memperkasakan kerjasama berkenaan,” kata Boluarte. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda