Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pembantu farmasi didakwa sebabkan kematian adik

    SUNGAI PETANI, 29 NOV – Seorang pembantu farmasi di sebuah hospital swasta dihadapkan ke Mahkamah Majisret di Sungai Petani, Malaysia, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian adik perempuannya yang juga orang kurang upaya.

    Nur Syuhaidah Mohd Sani, 36, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

    Mengikut pertuduhan, Nur Syuhaidah didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Nur Fatin Mohd Sani, 29, di sebuah rumah di Residensi Prima Puteri Jaya, di Sungai Petani antara 5:30 petang 6 November hingga 11:30 pagi 20 November lepas.

    Pertuduhan mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan jika tidak dihukum gantung, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mahkamah menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes. – Bernama

    Nur Syuhaidah Mohd Sani dihadapkan ke Mahkamah Majisret di Sungai Petani hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian adik perempuannya yang juga orang kurang upaya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...