BEIJING, 22 SEPT – Penguasaan mata wang China, renminbi (RMB) atau yuan, menyaksikan peningkatan dalam pembayaran global bagi bulan keempat berturut-turut pada Ogos, lapor Xinhua yang memetik satu laporan.
Penguasaan global RMB meningkat daripada 2.2 peratus pada Julai kepada 2.31 peratus bulan lepas, menurut Persatuan bagi Telekomunikasi Kewangan Antarabank Sedunia, sebuah penyedia global dalam perkhidmatan pemesejan kewangan. Mata wang berkenaan kekal sebagai mata wang kelima paling aktif.
Pada Ogos, nilai pembayaran menggunakan RMB meningkat 9.25 peratus berbanding bulan sebelumnya, peningkatan yang lebih tinggi daripada 4.01 peratus bagi kesemua pembayaran mata wang.
Daripada segi pembayaran antarabangsa, tidak termasuk zon Euro, RMB menduduki tempat keenam dengan penguasaan 1.55 peratus. – Bernama