Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pembayaran pakej haji DSSB bermula

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) memaklumkan kepada bakal-bakal jemaah haji yang mengikuti pakej haji yang ditawarkan oleh mereka bahawa pembayaran pakej-pakej haji 2023 kini sudah dibukakan.

    Sehubungan dengan itu, bakal-bakal jemaah haji boleh membuat pembayaran bagi pakej Delima dan Safira bermula daripada 16 hingga 18 Mac, manakala pembayaran bagi pakej Zamrud boleh dibuat bermula 20 hingga 22 Mac di mana pembayaran boleh dibuat di pejabat DSSB di The Airport Mall bermula pukul 9 pagi hingga 4:30 petang.

    Dalam temu bual bersama Media Permata, Penolong Pengurus Am, Ketua Jabatan Haji dan Umrah, DSSB, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar berkata DSSB telah menerima pendaftaran seramai 707 jemaah daripada 1,000 kuota yang telah disediakan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Negara Brunei Darussalam sejak pendaftaran awal bakal-bakal jemaah haji pada Disember lalu.

    Bermula hari ini, katanya, pihak DSSB sudah menerima pembayaran penuh para jemaah yang telah mendaftar dan telah membayar deposit bagi memilih pakej yang mereka pilih iaitu pakej Zamrud, Safira dan Delima.

    Pihak DSSB mengingatkan para bakal jemaah haji bahawa mereka perlu membawa pasport, penyata bank iaitu Akaun Tekad Haji (TAIB) atau Haj Saver (BIBD), kad pengenalan, resit deposit dan dokumen-dokumen lain yang relevan seperti sijil kahwin dan surat beranak apabila membuat pembayaran.

    Dokumen-dokumen tersebut amat penting untuk memastikan bahawa proses pembayaran berjalan dengan lancar.

    Pengiran Haji Ibarahim memberikan penerangan kepada para bakal jemaah haji.
    Bakal-bakal jemaah haji yang hadir ke pejabat DSSB untuk membuat pembayaran bagi pakej haji khususnya pakej Delima dan Safira.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...