Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pemberian geran tanpa permohonan jadi isu

    CANBERRA, 10 Ogos – Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berdepan tekanan, selepas digesa menjelaskan mengenai geran peruntukkan yang diberikan kepada sebuah yayasan tanpa mengemukakan permohonan pembiayaan, lapor Xinhua.

    Turnbull dan Menteri Tenaga dan Alam Sekitar Josh Frydenberg, menawarkan geran bernilai A$444 juta (AS$327 juta) kepada Yayasan Great Barrier Reef (GBRF) dalam satu mesyuarat tertutup dengan pengarah yayasan pada April lepas.

    Yayasan itu dikatakan menerima geran tanpa melalui proses tender atau mengemukakan perancangan, bagaimana wang itu akan dibelanjakan.

    Seorang penganalisis politik Graham Richardson, menyifatkan keputusan itu sebagai satu ‘langkah pentadbiran awam yang paling teruk pernah dilihat.’

    “Yayasan itu tidak mempunyai pekerja yang ramai dan peralatan canggih untuk menguruskan tugas besar yang diberikan,” tulis Richardson dalam kolumnya dalam News Corp Australia hari ini.

    “Sejumlah 444 juta dolar Australia yang diberikan kepada GBRF tanpa tender dan sebarang konsultasi dengan Pihak Berkuasa Taman Marin GBRF satu keputusan paling buruk pernah diambil sejak lebih empat dekad saya menjadi pemerhati politik,” katanya. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Berita Berkaitan

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    JOHOR BAHRU - Dua warga emas membuktikan usia bukan...

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Selepas dua minggu ditayangkan di pawagam, filem aksi Malaysia...

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Pelakon Indonesia, Rizky Billar mendedahkan dirinya berdepan kesukaran membersihkan...

    Isnin, 24 November 2025

    Terkini

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    JOHOR BAHRU - Dua warga emas membuktikan usia bukan...

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...