Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pembuat cip Belanda siasat kes penggodaman IT

    THE HAGUE, 14 APRIL – Pembuat cip yang berpangkalan di Belanda, Nexperia baru-baru ini berkata bahawa ia telah melancarkan siasatan selepas pelayan komputernya digodam bulan lepas, dengan media tempatan melaporkan bahawa sejumlah besar data mungkin telah dicuri.

    Nexperia, yang dimiliki oleh syarikat China, yang menghasilkan semikonduktor dan produk elektronik lain, berkata ia ‘sedar bahawa pihak ketiga yang tidak dibenarkan telah mengakses beberapa pelayan IT Nexperia pada Mac 2024’.

    Berpangkalan di bandar Nijmegen, Belanda tengah, Nexperia berkata ia dengan segera memutuskan sambungan sistem yang terjejas daripada Internet.

    “Kami juga telah melancarkan siasatan dengan sokongan pakar pihak ketiga untuk menentukan sifat dan skop kejadian ini dan mengambil tindakan tegas untuk menamatkan akses tanpa kebenaran itu,” katanya dalam satu kenyataan.

    Serangan dalam talian itu juga telah dilaporkan kepada pihak berkuasa Belanda.

    Nexperia berkata ia sedang memantau perkembangan tetapi tidak dapat mendedahkan butiran lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

    Bagaimanapun, penyiar swasta Belanda, RTL – yang paling awal melaporkan tentang serangan itu – berkata bahawa ratusan gigabait maklumat ‘sensitif’ mungkin telah dicuri. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...