Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Tempat duduk tiga ADUN dimuktamad sebelum DUN Sarawak bersidang

    KUCHING, 14 April – Susunan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Engkilili dan Ba’kelalan akan dimuktamadkan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula pada 6 Mei ini.

    Speaker, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar berkata beliau telah menerima surat daripada Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing agar meletakkan Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili) dan Baru Bian (Ba’kelalan) di blok kerajaan.

    “DUN bersidang pada 6 Mei, jadi susunan tempat duduk akan diselaraskan apabila saya membuat sidang media seperti biasa selepas mesyuarat pramajlis sebelum persidangan DUN.

    “Di bawah peraturan dua, Peraturan-peraturan Mesyuarat, tertakluk kepada budi bicara Speaker untuk memutuskan siapa duduk di mana,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Tamah DUN Sarawak di sini hari ini.

    Pada 6 April lepas, Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai PDP dengan Presiden PSB Wong dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

    Mesyuarat Majlis Tertinggi PDP juga sebulat suara melantik Dr Rayong dan Baru sebagai Naib Presiden PDP.

    Selain PDP, parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). GPS kini menguasai 80 daripada 82 kerusi DUN di Sarawak. – Bernama

    Mohd Asfia memulakan Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua DUN Sarawak ke-19 yang memasuki hari terakhir pada 29 November lalu. Beliau berkata tempat duduk tiga ADUN akan dimuktamadkan sebelum DUN Sarawak bersidang 6 Mei depan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...