Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemegang kunci Kaabah meninggal dunia

    MEKAH, 23 JUN – Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi telah meninggal dunia, menurut portal haramain.com.

    Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X pada Sabtu, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.

    Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

    Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.

    Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara. – Bernama

    Jemaah haji mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram, Arab Saudi, pada 11 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda