Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemegang saham US Steel lulus pengambilalihan oleh Nippon Steel

    PITTSBURGH, 14 APRIL – Pemegang saham US Steel telah meluluskan penjualan syarikat itu kepada Nippon Steel dari Jepun dengan harga AS$14.1 bilion dalam bentuk tunai, sambil menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap gabungan yang telah menimbulkan tentangan daripada pentadbiran Biden atas alasan ekonomi dan keselamatan negara.

    Lebih daripada 98 peratus saham yang diundi dalam mesyuarat khas pelabur pada Jumaat lalu telah meluluskan pengambilalihan itu, menurut kiraan awal undian yang diumumkan oleh US Steel yang berpangkalan di Pittsburgh.

    Urus niaga tersebut telah menimbulkan kebimbangan terhadap pekerja kesatuan, rantaian bekalan dan keselamatan negara Amerika Syarikat (AS).

    Presiden Joe Biden telah menyatakan bantahan terhadap perjanjian itu, dengan mengatakan pada bulan Mac bahawa AS perlu ‘mengekalkan syarikat keluli Amerika yang kukuh yang dikuasai oleh pekerja keluli Amerika’. Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada Rabu lalu semasa sidang akhbar di Rumah Putih bahawa beliau berharap perbincangan mengenai Nippon Steel ‘akan berkembang ke arah yang positif bagi kedua-dua pihak’.

    United Steelworkers, yang mewakili tenaga kerja US Steel, tidak menjawab permintaan The Associated Press untuk mengulas mengenai undian pemegang saham. – AP

    Foto bertarikh 26 Februari menunjukkan kilang US Steel di Clairton, Pennsylvania. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...