Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemenang BIBD Aspirasi DIRAI

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Lima lagi pemenang suku tahunan Program Ganjaran Aspirasi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) membawa pulang wang tunai $10,000 setiap seorang dalam majlis penyampaian hadiah cabutan bulanan dan suku tahunan kedua Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi 4 yang berlangsung di Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Para pemenang berkenaan ialah Dayang Kamariana binti Haji Mohd Noor, Awang Mohd Said bin Abdullah, Lim Kai Woon, Awang Muhammad Hazmi Syahrain bin Julaihi dan Awangku Kamarul Araffin bin Pengiran Haji Ahmad.

    Majlis turut menyaksikan 35 orang pemenang bulanan membawa pulang wang tunai $1,000 setiap orang yang mana para pemenang terdiri daripada mereka yang mengekalkan minimum penyertaan dengan membuat simpanan dalam BIBD Aspirasi selama 90 hari.

    Ahli Badan Penasihat Syariah BIBD, Dr Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang cabutan suku tahunan sementara Ketua Perbendaharaan dan Pasaran Global BIBD, Dayang Hazimah ‘Izzati binti Pehin Dato Haji Adanan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bulanan.

    Program BIBD Aspirasi yang kini dalam kitaran ke-4 diperkenalkan untuk membuatkan disiplin penjimatan lebih mudah diakses dan langganan serta penebusannya boleh dibuat terus melalui aplikasi mudah alih BIBD NEXGEN Wallet.

    Untuk menggalakkan simpanan jangka panjang dan pengurusan kewangan, objektif jangka panjang BIBD adalah untuk memastikan pelanggan terus menabung dan menyasarkan kebebasan kewangan.

    Dengan Aspirasi, bukan sahaja pelanggan mengekalkan simpanan mereka, malah diberi ganjaran wang tunai bulanan, suku tahunan dan hadiah utama.

    Dr Hajah Mas Nooraini bergambar bersama para pemenang Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi 4 yang berlangsung di Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...