Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang cabutan bertuah terima hadiah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Lima orang pemenang cabutan bertuah pertama bagi promosi Cooltones Raya Tones telah menerima hadiah masing-masing pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Utama Bowling, Batu Satu, hari ini.

    Para pemenang membawa pulang kad tambah nilai bernilai $10 daripada Progresif Cellular dan baucar minyak bernilai $10 daripada Stesen Minyak Shahryza, Kampung Bunut.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah berkenaan ialah Pengurus Cooltones, Pengiran Saiful Khalid bin Pengiran Yunus.

    Pemenang bagi cabutan bertuah kali pertama tersebut ialah Dayang Normala binti Haji Nudin, Awang Abdul Aziz bin Haji Ahmad, Hajah Norhartiny binti Haji Puasa dan Awang Sharir Amiruddin bin Haji Sarbani.

    Cabutan terakhir akan diadakan pada minggu hadapan dan orang ramai masih berpeluang untuk memenangi hadiah dengan hanya mengaktifkan perkhidmatan Cooltones.

    Majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah yang berlangsung di Pusat Utama Bowling.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda