Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Dine & Win dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Juvelyn Verzosa diumumkan sebagai pemenang utama Promosi Dine & Win Pesta Makanan Malaysia di Restoran Anjung Saujana pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di restoran berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah wakil rakan dan penaja promosi berkenaan, Pengarah Pelancongan Malaysia Brunei, Hazrina binti Azman dan wakil dari Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Georgene Lee.

    Pada majlis itu, Juvelyn Verzosa membawa pulang tiket penerbangan untuk dua orang ke Kuala Lumpur menggunakan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) yang ditaja oleh BIBD.

    Tempat kedua pula dimenangi oleh Noriah Abiden yang membawa pulang tiket penerbangan kelas ekonomi menggunakan Penerbangan Malaysia dari Miri ke Kuala Lumpur.

    Sementara itu, Law Yeng Bin diumumkan sebagai pemenang ketiga sekali gus membawa pulang dua tiket ke Theme Park & Sea Life di Legoland Malaysia.

    Empat pemenang lain membawa pulang hadiah berupa sea walking di Pulau Manukan Sabah, pakej parasailing di Pulau Manukan, penginapan di Hotel Ming Garden Sabah untuk tiga hari dua malam termasuk sarapan pagi dan hadiah sagu hati berupa set cenderahati premium daripada Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Melaka River Cruise dan Penang Global Tourism.

    Promosi berkenaan telah berlangsung dari 2 hingga 31 Disember 2022 di restoran berkenaan.

    Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia, Hajah Latifah binti Dato Haji Ismail, Nurul Majidah serta pihak pengurusan dan kakitangan RB.

    Gambar ramai pemenang bersama wakil rakan dan penaja promosi Pesta Makanan Malaysia pada majlis yang berlangsung di Restoran Anjung Saujana, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.

    Antara hidangan yang ditampilkan semasa Pesta Makanan Malaysia pada Disember 2022.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda