Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemenang Kempen Promosi Kad diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seramai 15 orang pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah diraikan hari ini setelah terpilih sebagai pemenang Kempen Promosi Kad dengan Netcom Computer House.

    Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di BIBD Cawangan Kiulap itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Kumpulan Perbankan Runcit BIBD (Jualan, Ar-Rahnu & Perdana), Awang Junaidi bin Bahrum dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Netcom Computer House, Vincent Goh.

    Pemenang utama membawa pulang Apple iPhone 15 Pro Max serba baharu, manakala itu, pemenang-pemenang yang lain turut menerima pelbagai hadiah termasuk komputer riba, telefon pintar, jam tangan pintar dan baucar beli-belah.

    Promosi yang telah berjalan pada 1 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 itu antara lain bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pemegang kad BIBD yang setia atas perbelanjaan harian mereka.

    Dengan menggunakan kad BIBD untuk pembelian, pemegang kad secara automatik akan menyertai cabutan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, bagi mempromosikan bayaran tanpa tunai dan cara mudah untuk mengurus kewangan.

    Promosi tersebut menunjukkan komitmen BIBD dalam menawarkan ganjaran berharga kepada pemegang kad dan pelanggan setia.

    Dengan memberi ganjaran kepada perbelanjaan harian, BIBD memperkasakan pelanggan untuk memaksimumkan faedah kad untuk menikmati pengalaman perbankan dan membeli-belah yang lebih memuaskan.

    Di samping itu, ia juga menyokong inisiatif negara pintar Brunei dan pelan hala tuju bank Negara Brunei Darussalam untuk menggalakkan dan menggunakan ekosistem pembayaran digital untuk menerima transformasi digital yang memberi manfaat kepada pelanggan, peniaga dan penyedia perkhidmatan pembayaran.

    Awang Junaidi dan Vincent Goh bergambar ramai dengan para pemenang semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...