Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemenang kempen StanChart bawa pulang hadiah hebat

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Bank Standard Chartered (StanChart), baru-baru ini, telah mengadakan cabutan bulanan terakhir bagi Kempen Digital Acceleration yang berlangsung di Pusat Keutamaan StanChart.

    Majlis menyaksikan Daniel Wong Chen Ming pulang dengan Apple MacBook Air 15-inci dengan cip M2, Awang Mohammad Hurairah dengan Apple iPhone 14 Pro 128GB, Awang Afiq Fathullah dengan monitor pintar LG UHD 4k 32 inci, Dayang Shaherah binti Shahbudin dengan Bose Smart Soundbar 600, Law Kan Fun pulang dengan Apple Watch series 8, Hajah Nuratiqah binti Abdullah dengan Apple Watch SE, Dayang Hafizah Rasyiqah Oldi dengan Apple AirPods Pro 2nd Gen, Lee Hung Choi memenangi baucar AV Electronic manakala Awang Hakim Johan membawa pulang JBL Cinema SB120 Soundbar.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Produk Runcit dan Digital, Dayang Aisah binti Razali.

    Kempen yang berjalan dari pertengahan September 2023 hingga penghujung Disember lalu itu memberikan peluang kepada pelanggan memenangi hadiah hebat bernilai sehingga $10,000 apabila mereka log masuk ke aplikasi mudah alih StanChart dan mendaftar untuk push notifications.

    Peluang tambahan juga diperoleh apabila pelanggan melakukan sebarang ciri Bantuan dan Perkhidmatan serta Pemindahan Dana.

    Lebih banyak peluang diberikan apabila pelanggan berkongsi tentang kempen tersebut pada Instagram story atau Instagram post mereka.

    Tiga cabutan telah diadakan bagi kempen tersebut dengan hadiah cabutan bulan pertama ialah Sennheiser Momentum True Wireless 3 dan dimenangi oleh Gerard Antony A Johnson D Cruz manakala pemenang bulan kedua ialah Yap Boon Chang memenangi Apple iPad 10.9 (Generasi ke-10) 256GB.

    Dayang Aisah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kempen tersebut. – GAMBAR SERAHAN STANDARD CHARTERED
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...