Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang promosi Boost & Win dirai

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Tiga orang pemenang bertuah Promosi imagine Boost & Win telah diraikan pada majlis penyampaian hadiah berlangsung di cawangan imagine Sdn Bhd di Citis Square, Berakas, baru-baru ini.

    Pemenang hadiah pertama ialah Awang Mohammad Ridzuan bin Haji Bakar, yang membawa pulang $1,000; Awang Mohammad Khairul Akbar @ Astor bin Haji Khamis telah menerima $500 bagi hadiah kedua; dan hadiah ketiga dimenangi oleh Dayang Dady Santi Sumarni binti Metassan dengan menerima $250.

    Promosi berkenaan telah berlangsung semasa musim cuti persekolahan, bermula dari 5 hingga 25 Ogos lalu, di mana pelanggan yang membeli data boosters berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

    Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Kanan Strategi dan Pembangunan Perniagaan imagine Sdn Bhd, Haji Mohd Radziman bin Haji Abdul Rahman; dan Naib Presiden Bahagian Teknologi Maklumat dan Inovasi imagine, Awang Mohd Hazman bin Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Haji Mohd Radziman bergambar ramai bersama pemenang bertuah dan hadiah masing-masing pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN IMAGINE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda