Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pemenang promosi Suzuki Unlimited Possibilities diumum

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Suzuki di negara ini, telah mengumumkan tujuh orang pemenang bertuah promosi Suzuki Unlimited Possibilities semasa sesi cabutan yang diadakan di Bilik Pameran Suzuki, di Kompleks Perindustrian Beribi II dan disiarkan secara langsung menerusi media sosial (Instagram) Suzuki Brunei, hari ini.

    Cabutan telah dibuat oleh wakil institusi perbankan tempatan iaitu Pengurus Kanan Baiduri Finance Berhad, Haji Mohd Ali bin Haji Metussin; Pengurus Jualan BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Sharrif Alimin bin Mohd Taib; dan Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Asharol bin Noshari Kamaludin.

    Promosi yang berjalan dari 20 Jun hingga 31 Ogos lalu itu menyaksikan Dayang Karmalah binti Subin memenangi hadiah utama bagi pelanggan Suzuki Ertiga dan akan membawa pulang monitor skrin belakang dan sistem bunyi Pioneer dengan Pemproses Isyarat Digital (DSP).

    Manakala itu, pemenang utama bagi pelanggan Suzuki Swift ialah Dayang Norzaimah binti Awang Abdul Karim yang akan membawa pulang sistem bunyi Pioneer dengan DSP.

    Selain itu, lima nama pemenang telah diundi secara rambang untuk promosi Test Drive Unlimited bagi Suzuki Ertiga, Swift dan Swift Sport.

    Cabutan telah dibuat oleh perwakilan dari institusi perbankan tempatan.

    Hadiah utama berupa kad e-Gift Zalora bernilai $500 telah dimenangi oleh Awang Mohd Hamizan dengan Awang Saptu bin Haji Mohd di tempat kedua bakal menerima kad e-Gift Zalora bernilai $300 dan Fakhrul Shams di tempat ketiga akan memenangi kad e-Gift Zalora bernilai $150.

    Manakala itu, Haji Mohd Nur Alief Shahfie dan Awang Abdul Aziz Hilmi bin Haji Abdul Wahid mendapat tempat keempat dan kelima dengan masing-masing membawa pulang kad e-Gift Zalora bernilai $50.

    Pengurus Pemasaran Suzuki Brunei, Awang Adehelmie bin Jaafar berkata, Suzuki Brunei sentiasa mencipta cara baharu dan inovatif untuk memberikan promosi dan antaranya dengan mengadakan acara seumpamanya yang menawarkan pelbagai hadiah untuk pelanggan setia.

    “Suzuki sentiasa mengenai keseronokan, kemudahan penggunaan dan menjadi yang mengagumkan. Untuk itu, kami mencipta platform di mana pelanggan kami dapat melihat dan mengalami semua elemen ini.

    “Ia adalah fleksibiliti jenama secara amnya dan khususnya produknya di mana pelanggan kami mempunyai pilihan untuk menyesuaikan Suzuki mereka dengan pilihan dan gaya hidup mereka sendiri,” ujar beliau lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...