Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pemeriksaan alat sukatan stesen minyak bagi Oktober

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Beberapa buah stesen minyak dijadualkan ditutup sementara untuk kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak yang akan dilaksanakan oleh Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem

    Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada Oktober depan.

    Menurut SDT, langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan
    perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga selesai, yang dianggarkan sekitar dua hingga tiga jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan tiga kali setahun.

    Sehubungan itu, jadual penutupan sementara stesen-stesen minyak pada Oktober ialah 10 Oktober di Stesen Minyak KOPEKLAP, Lubok Pulau, Daerah Tutong dan Stesen Minyak Riverine, Daerah Brunei dan Muara; 11 Oktober di Stesen Minyak Masjory, Daerah Brunei dan Muara; 12 Oktober di Stesen Minyak Bebatik, Daerah Brunei dan Muara dan Stesen Minyak Telisai Sdn Bhd, Daerah Tutong; 13 Oktober di Stesen Minyak Mabohai, Daerah Brunei dan Muara; 17 Oktober di Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad, Daerah Brunei dan Muara; 19 Oktober di Stesen Minyak Koperasi Ikatan Teluk Mewah Mentiri, Daerah Brunei dan Muara; sementara itu, pada 31 Oktober ia akan dilaksanakan di Stesen Minyak Syarikat Sepakat, Daerah Belait.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi SDT melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...