Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Pemerintah TDDB baharu ambil alih tugas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Setiap peringkat dalam Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) perlu mengambil kira beberapa faktor iaitu bagi seluruh warga melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia
    Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    “Ini termasuk menjalankan amanah menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan dengan semangat yang ikhlas dan jitu.”

    Perkara itu antara yang ditekankan oleh Pemerintah TDDB yang baru dilantik, Kolonel Saifulrizal bin Abdul Latif dalam ucapannya pada Upacara Perbarisan Mengambil Alih Tugas Pemerintah TDDB yang berlangsung di Padang Kawad, Batalion Pertama (1Bn TDDB), Berakas Garison, hari ini.

    Beliau turut menyampaikan hasrat supaya TDDB mencapai kepimpinan yang mapan di semua peringkat agar menjadi pemimpin yang berwibawa dan mengekalkan kualiti kerja, profesionalisme dan disiplin.

    Perkara kedua yang ditekankan oleh Kolonel Saifulrizal ialah kepentingan mengutamakan tahap kesiapsiagaan TDDB demi menegakkan kedaulatan dan keselamatan negara di mana TDDB merupakan aset yang penting dalam menyumbang ke arah keberkesanan, pelaksanaan tugas dan misi.

    Beliau menyeru mereka yang diamanahkan untuk menyelaraskan Perancangan Strategik Angkatan 2035 dan Kajian Struktur Angkatan untuk TDDB bagi mengukir hala tuju TDDB dalam masa jangka pendek dan panjang.

    Dengan itu, penekanan diberikan kepada kesediaan aset TDDB pada tahap optimum untuk melaksanakan sebarang misi dan operasi pada bila-bila masa sambil menyokong pendekatan Whole of Nation.

    Terdahulu sejurus tiba di Padang Kawad, Kolonel Saifulrizal menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota TDDB dengan diperintah oleh Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar.

    Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan daripada Kolonel Saifulrizal. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dan Doa Ambil Alih Tugas serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam turut dibacakan.

    Majlis kemudian beredar ke Mes Pegawai Berakas Garison bagi menikmati jamuan dan diakhiri dengan Doa Penutup, bergambar ramai serta menandatangani lembaran kenangan oleh pemerintah TDDB yang baharu.

    Kolonel Saifulrizal memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan pada Upacara Perbarisan Mengambil Alih Tugas Pemerintah TDDB yang berlangsung di Padang Kawad, Batalion Pertama, Berakas Garison, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...