Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pemilik perniagaan didenda gagal bayar caruman pekerja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Sebuah pemilik perniagaan telah didakwa atas kesalahan gagal membayar caruman pekerja di bawah Bab 23 Akta Amanah Pekerja (Penggal 167), Bab 26 Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan, 2009 dan Bab 31, Akta Persaraan Kebangsaan, Penggal 273.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tabung Amanah Pekerja (TAP), di sini, pemilik perniagaan tersebut telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan iaitu gagal membuat pembayaran caruman Skim TAP, SCP dan Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) bagi pekerja-pekerjanya dalam masa yang ditetapkan.

    Dalam hubungan ini, Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan telah mengenakan hukuman denda $3,000 ke atas pemilik perniagaan tersebut dan diarahkan untuk membayar denda dan kesemua caruman Skim TAP, SCP dan SPK yang tertunggak termasuk dividen terbaharu sebanyak $2,236.71 tidak lewat dari 1 Mei 2025.

    Di bawah Bab 26 Akta Amanah Pekerja (Penggal 167), Bab 29 Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan, 2009 dan Bab 31, Akta Persaraan Kebangsaan, Penggal 273, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan kedua dan selanjutnya.

    Bagi memastikan kesejahteraan ahli TAP sentiasa terpelihara, TAP mengingatkan para majikan untuk sentiasa memastikan mereka membuat pembayaran caruman pekerja sebelum tanggal 15 pada bulan berikutnya bagi mengelakkan denda lewat pembayaran yang termasuk caj kerugian dividen dan caj perkhidmatan.

    Bagi isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal penguatkuasaan seperti tidak didaftar dan tiada pembayaran caruman, para pekerja adalah dinasihatkan untuk membuat aduan dan mengongsikan maklumat melalui hotline Unit Penguatkuasaan TAP di talian 730 2929 ataupun melalui e-mel di alamat enforcement@tap.com.bn.

    Mereka juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan, atau menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 semasa waktu bekerja.

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...