Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Peminat cilik Anna Jobling meninggal dunia

    Pelakon Malaysia, Anna Jobling memaklumkan seorang peminat ciliknya dikenali sebagai Sofia meninggal dunia akibat menderita penyakit otot.

    Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bertemu dengan Allahyarham buat kali terakhir namun menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang pejuang.

    “Innalillahiwainnailaihirojiun…Kepada adik Sofia. Awak seorang pejuang dan mempunyai hati yang baik.

    “Terima kasih kerana membawa kegembiraan buat saya ketika pertama kali saya bertemu awak (Sofia). Kak Anna sedih sangat tak dapat jumpa Sofia lagi,” katanya.

    Anna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Anna sempat bertemu adik Sofia pada Mei lalu. – mStar

    Dalam pada itu, Anna mendoakan agar Sofia berada di tempat yang lebih baik dan memberitahu dia turut merasai kehilangan peminatnya itu.

    “Berehatlah sayang, akhirnya awak berada di tempat yang aman. Keluarga awak sayang sangat dengan awak.

    “Saya akan merindui awak biarpun awak pergi (meninggal dunia) terlalu awal tetapi saya tidak akan melupakan awak,” ujarnya.

    Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Anna memberitahu dia dan Sofia sudah lama mengenali antara satu sama lain dan kerap berhubung menerusi telefon.

    Anna juga sempat bertemu kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang merupakan peminat drama Melur Untuk Firdaus. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...