Friday, October 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat dipukul minta bergambar, Jessi mohon maaf secara terbuka

    Penyanyi, Jessi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kes sera-ngan terhadap peminatnya bulan lalu.

    Jessi atau Ho Hyun Joo, 36, berkata, dia menyesal atas tindakannya gagal menghentikan perkara itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami trauma, lapor mStar.

    “Saya ingin memohon maaf dengan seikhlas hati kepada mangsa dan keluarganya atas semua kemudaratan yang berlaku disebabkan kejadian tersebut.

    “Sejak insiden tersebut, saya sedar sudah melukakan bukan sahaja mangsa tetapi banyak pihak sehingga menyebabkan mereka berasa dikhianati dan marah.

    “Saya menyesal dengan perbuatan saya. Kalaulah saya boleh kembali kepada waktu itu, saya akan mengambil gambar dengan mangsa.

    “Jika saya proaktif dalam melindungi mangsa dan pergi ke balai polis dengan segera serta membuat permohonan maaf mungkin mangsa tidak akan sengsara sehingga tahap ini,” katanya.

    Jessi membuat permohonan maaf itu menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

    Sedar permohonan maaf tidak dapat mengubah keadaan, Jessi berjanji akan memperbetulkan kesilapan dilakukan terhadap mangsa.

    Pada 16 Oktober lalu, Jessi hadir ke Balai Polis Gangnam di Seoul bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Agensi

    Jessi ketika hadir ke balai polis bagi membantu siasatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda