Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Peminat gelar Ariana Grande ‘penyondol’

    Peminat menggelarkan bintang pop Ariana Grande sebagai penyondol susulan pelancaran single terbaharunya berjudul Yes, And? pada Jumaat lalu.

    Menerusi lagu tersebut, Ariana dilaporkan menjawab kritikan peminat selepas dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon Ethan Slater dan meminta mereka jangan mencampuri urusannya.

    Tidak membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja, peminat menyerang Ariana, 30, di media sosial dengan memanggilnya sebagai hodoh dan perosak rumah tangga orang lain.

    Ramai mula meluat dengan sikap Ariana yang dilihat cuba berlagak seperti seorang mangsa dan tidak peduli dengan perasaan orang lain terutamanya isteri Ethan iaitu Lily Jay.

    “Perempuan ini memang tidak cermin diri sendiri. Sedar tak yang kau bercinta dengan suami orang dan sekarang berlagak seperti mangsa?

    “Tiada sedikit rasa simpati terhadap Lily dan anak kecil mereka?,” komen peminat.

    Ariana dan Ethan bertemu sekitar Disember 2022 di set penggambaran filem Wicked di London sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta di antara mereka walaupun kedua-duanya sudah berkahwin.

    Bagaimanapun pada Julai 2023, Ariana dan Ethan mengumumkan perpisahan dengan pasangan masing-masing yang menguatkan lagi spekulasi skandal mereka. – Agensi

    Ethan dan Ariana kini terbuka mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...