Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peminat kesal dengan Siwon

    Umum mengetahui bahawa dunia kini sedang bersedih atas konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Palestin yang melibatkan banyak kematian daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa.

    Malaysia juga merupakan salah satu negara yang paling banyak membantu rakyat Palestin buat ketika ini. Ramai sukarelawan yang sanggup pergi ke sana bagi menghulurkan sendiri bantuan dan keselamatan buat mereka.

    Menurut MuraiMY, peminat Siwon terutamanya di Malaysia dan negara-negara lain terkejut selepas mengetahui bahawa idola yang mereka minati itu merupakan seorang Pro-Zionis.

    Siwon merupakan penyokong tegar Israel apabila hantaran yang pernah dimuat naik di laman X miliknya kembali tular.

    “Hari yang istimewa. Jemputan yang bermakna,” tulis Siwon di X, merujuk kepada hari diplomatik antara Israel dengan Korea yang pernah dihadirinya.

    Serta baru-baru ini, di laman media sosial milik Siwon, dia memuat naik mengenai Israel dan Palestin yang membuatkan orang ramai bertambah kecewa dan marah kepadanya.

    “Negeri Palestin? Dude I love you tapi Palestin adalah sebuah negara!

    “Saya tahu kamu nak jadi adil dan saksama tapi saya mahu beritahu kamu bahawa Israel adalah punca kepada semua ini!

    Oh man! Saya menjadi peminat awak seawal usia remaja lagi, saya sangat hormat awak dalam kehidupan saya, namun sekarang saya perlu berhenti untuk sokong awak!” antara komen warganet. – Agensi

    Peminat kesal dengan pendirian Siwon. – Soompi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...