Saturday, July 27, 2024
26 C
Brunei

    -

    Wanna Ali rakam lagu cinta dengan bapa tiri

    Penyanyi dan pelakon, Wanna Ali tidak gentar jika single Bukan Sekadar Lafaz hasil paduan suara bersama bapa tiri, Aiman Ismail menimbulkan persepsi negatif pendengar.

    Wanna yang mula dikenali menerusi lagu Lepaskanlah menjelaskan kolaborasi itu dibuat atas dasar profesional selain memenuhi permintaan ibu, Datuk Ayu Puteh yang mencipta bingkisan itu.

    “Lagu itu menjadi runut bunyi drama lakonan saya bersama Aliff Satar. Drama berjudul sama itu sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

    “Lirik lagu ini berkisar hidup ibu saya dan suaminya, Aiman. Disebabkan itu, dia mahu ahli keluarga terdekat yang menyanyikannya sebab ibu bukan penyanyi.

    “Dalam keluarga, saya dan Aiman memang sudah lama menyanyi. Sebab itulah kami setuju untuk bekerjasama merakam lagu ini. Lagipun, ini permintaan ibu sendiri,” katanya.

    Berkongsi pendapat sama dengan anak tirinya, Aiman berharap gandingan mereka tidak disensasikan, apatah lagi, dia dan Wanna masing-masing tahu menjaga batas.

    “Sudah lapan tahun saya hayati lirik ini sejak berkahwin dengan Ayu. Bahkan, Wanna tahu betapa bermaknanya lagu ini buat saya,” katanya.

    Bercerita mengenai pengalaman sewaktu sesi rakaman, Aiman mengaku agak kekok menjiwai lagu terbabit ketika berdepan dengan Wanna. – Agensi

    Wanna sekadar memenuhi permintaan ibu untuk merakamkan single Bukan Sekadar Lafaz bersama bapa tirinya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...