Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat protes Seunghan kembali bersama Riize

    Kemunculan semula penyanyi Seunghan menyertai kumpulan Riize menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

    Meskipun ramai teruja namun tidak kurang juga ada mengecam tindakan SM Entertainment memasukkan kembali Seunghan dalam kumpulan tersebut selepas terpalit kontroversi sebelum ini.

    Sebagai tanda protes peminat Riize bertindak meletakkan jambangan bunga ucapan kematian untuk Seunghan di hadapan bangunan syarikat tersebut.

    Mesej pada bunga tersebut menuntut supaya Seunghan dikeluarkan terus daripada menyertai Riize.

    Lebih hangat lagi seorang kakitangan SM Entertainment juga berkongsi pendapat tidak bersetuju dengan keputusan dibuat pihak atasan.

    Peminat menunjukkan rasa kebencian terhadap kemunculan semula Seunghan. – mStar

    “Mereka meletakkan sasaran kepada peminat antarabangsa yang tidak pernah keluar duit untuk menyokong.

    “Ramai staf SM Entertainment menentang malah sudah banyak beritahu peminat tempatan menyokong enam anggota ini, namun mereka tidak faham.

    “Mereka seperti menyuruh peminat tinggalkan kelab peminat,” ujar seorang individu.

    Memetik laporan mStar, SM Entertainment sebelum ini mengumumkan Seunghan bakal kembali bersama Riize selepas hampir setahun direhatkan.

    Nama Seunghan sebelum ini menjadi bualan ramai selepas tersebar foto dia meng-hisap rokok di tempat awam ketika berada di Jepun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda