Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peminat wanita ditahan ekori V BTS, serah sijil daftar pernikahan

    Seorang wanita berusia 20-an ditahan polis Korea Selatan atas dakwaan menganggu salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V.

    Memetik dari mStar, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, wanita berkenaan menunggu V atau Kim Tae Hyung, 28, di luar kawasan perumahan milik penyanyi tersebut.

    Dia kemudian memasuki tempat letak kereta kondominium berkenaan apabila melihat kenderaan yang membawa V masuk ke ruang berkenaan.

    Tidak berhenti di situ dia turut mengekori V sehingga masuk ke dalam lif dan cuba berbual dengan penyanyi pujaannya itu.

    Wanita itu juga bertindak pelik apabila menyerahkan sijil daftar pernikahannya kepada V tanpa sebarang tujuan sebelum dia berlalu pergi.

    Susulan kejadian itu pihak polis berjaya membuat penahanan berdasarkan maklumat pada dokumen yang diberikan kepada V.

    Polis juga menyebut wanita tersebut mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini.

    Pihak pengurusan BTS dalam satu kenyataan menyebut mereka tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana perbuatan menggangu artis mereka selain mengancam keselamatan.  – Agensi

    V diganggu wanita tidak dikenali. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...