Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencari kerja perlu terbuka

    SANDAKAN, 23 JAN – Pencari pekerjaan perlu bersifat terbuka dan merebut peluang menimba ilmu dan pengalaman dengan menerima pekerjaan bukan pilihan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan hari ini.

    Beliau berkata peluang pekerjaan yang diinginkan tidak mencukupi di negeri itu berbanding di Semenanjung untuk ditawarkan kepada pencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan pendidikan mereka.

    “Maklumat yang saya dapat, banyak pekerjaan di sektor perladangan di Sabah…ia (perladangan) juga menawarkan peluang sangat baik untuk diri sendiri.

    “Kita perlu mengubah mentaliti bahawa perlu pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang ada sedangkan tiada. Sampai bila perlu tunggu sehingga pekerjaan itu ada?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Perdana peringkat Sandakan di sini.

    Beliau meminta golongan pencari pekerjaan, terutama siswazah supaya merebut dan mensyukuri rezeki yang ada sebagai meneruskan kelangsungan hidup, terutama dalam keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda