Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran farmaseutikal ubah tingkah laku ikan – Kajian

    SYDNEY, 27 OGOS – Pendedahan jangka panjang kepada bahan pencemar farmaseutikal secara dramatik mengubah tingkah laku dan sifat pembiakan ikan, menurut satu kajian yang diterbitkan hari ini.

    Dalam kajian itu, satu pasukan penyelidik dari Universiti Monash, Australia dan Universiti Tuscia di Itali mendapati bahawa fluoxetine, ubat antidepresan yang biasanya dikenali sebagai Prozac, yang telah memasuki sungai, tasik dan lautan melalui air sisa mengubah tingkah laku ikan.

    Kajian lima tahun itu tertumpu pada ikan gupi liar, salah satu ikan tropika yang paling banyak tersebar di dunia.

    “Walaupun pada kepekatan yang rendah, fluoxetine mengubah keadaan badan gupi dan meningkatkan saiz gonopodium, pada masa yang sama mengurangkan pergerakan sperma, faktor penting untuk pembiakan berjaya,” kata Upama Aich, pengarang bersama kajian itu dari Monash University School of Sains Biologi, dalam siaran media.

    Di samping itu, pendedahan kepada ubat itu juga mengurangkan penyesuaian tingkah laku gupi dengan ketara, mengurangkan kapasiti ikan untuk menyesuaikan aktivitinya sendiri dan tingkah laku mengambil risiko merentas konteks, kata pengarang bersama Giovanni Polverino dari Universiti Tuscia. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda