Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pencuri pendek akal dicekup polis

    WARSAW, 20 OKT – Polis Poland kelmarin berkata mereka telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang menyamar sebagai patung mannequin di sebuah pusat beli-belah di Warsaw untuk mencuri barang kemas.

    Selepas memasuki sebuah kedai pakaian, lelaki itu ‘memakai pakaian baharu, kemudian berdiri di tingkap seperti patung mannequin untuk memperdaya pengawal keselamatan dan kamera pengawasan,” kata Robert Szumiata, jurucakap polis Warsaw.

    Selepas tamat waktu operasi kedai, lelaki itu melarikan diri dan sempat mencuri barang kemas dari rak perhiasan di pusat beli-belah itu sebelum ditahan.

    “Kami tidak pernah melihat perkara seperti itu,” kata Szumiata kepada AFP.

    Didakwa atas kesalahan mencuri dan pecah masuk premis, lelaki itu berdepan hukuman penjara selama 10 tahun. – AFP

    Seorang lelaki menyamar sebagai patung mannequin di tingkap sebuah pusat beli-belah di Warsaw sebelum berjaya ditahan oleh pihak polis. – Business Insider

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...