Sunday, February 2, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran dapatkan keputusan peperiksaan menerusi SMS bermula

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat AS dan A sesi Oktober/November 2023 menerusi perkhidmatan pesanan ringkas akan bermula esok.

    Perkhidmatan berkenaan ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel).

    Ibu bapa atau penjaga dan para pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan menaip MOEREG (kod pusat)(nombor calon)(nombor IC calon) dan hantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif dan 39966 bagi pelanggan imagine dengan tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut.

    Pelanggan akan dikenakan pembayaran berjumlah $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Perkhidmatan itu diharap akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutama sekali para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin menghadapkan sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, bolehlah berhubung terus melalui nombor 8671355 atau e-mel kepada moeresults@machbrunei.com.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda