Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pendaftaran membaharui kad pengenalan dibukakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Bermula 19 September ini, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) akan mula membukakan pendaftaran bagi membaharui kad pengenalan yang mansuh dan menggantikan kad-kad pengenalan yang rosak atau hilang.

    Ini khusus bagi kad pengenalan kuning dan ungu di samping pendaftaran bagi permohonan yang mencapai umur 12 tahun. JIPK dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini turut menjelaskan, bagi pendaftaran di ibu pejabat, pemohon-pemohon yang telah mencapai umur 12 tahun dan membaharui kad pengenalan yang mansuh dan menggantikan bagi kad pengenalan yang rosak atau hilang, bolehlah membuat janji temu melalui aplikasi Que-Up atau mendaftar secara walk in di pejabat-pejabat cawangan.

    Dalam pada itu, JIPK memaklumkan orang ramai untuk hadir ke Bahagian Kad Pengenalan bagi pengambilan semula cap-cap jari dan gambar wajah bagi memenuhi keperluan dalam Sistem Kad Pengenalan yang baharu.

    Ini khusus bagi yang telah mendaftar kad pengenalan berwarna kuning dalam tempoh 17 Februari 2022 hingga 9 Ogos 2022 dan bagi kad pengenalan berwarna ungu dalam tempoh 12 Julai 2021 hingga 9 Ogos 2022 yang masih belum dikeluarkan kad pengenalan masing-masing.

    Dalam masa yang sama, kaunter-kaunter pendaftaran yang khusus akan disediakan dan mereka dikehendaki untuk membuat janji temu melalui aplikasi Que-Up bagi pendaftaran di ibu pejabat dan secara walk in bagi pendaftaran di pejabat-pejabat cawangan. Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang JIPK www.immigration.gov.bn.

    Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi melalui e-mel info@immigration.gov.bn. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 7299550 (WhatsApp) untuk Ibu Pejabat Ca- wangan Kuala Belait, talian 4221251 untuk cawangan Tutong dan cawa- ngan Temburong di talian 7299586 (WhatsApp).

    JIPK akan membukakan pendaftaran bagi membaharui kad pengenalan yang mansuh dan rosak atau hilang bermula 19 September.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...