Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran Peperiksaan GCE Okt/Nov 2023 dibuka

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan mengumumkan pembukaan pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O, AS, A dan IGCSE bagi Oktober/ November 2023 bermula esok sehingga 17 Jun.

    Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi melalui Kaunter Jabatan Peperiksaan di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan, Blok C, Bangunan Lama Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, semasa waktu pejabat dibuka atau dengan memuat turun borang dan maklumat mengenai mata pelajaran yang ditawarkan serta surat pemberitahuan di laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah Iengkap setiap Isnin hingga Khamis bermula 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang manakala itu, Sabtu dari 8 pagi hingga 10 pagi.

    Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah Iengkap berserta dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Kaunter Jabatan Peperiksaan di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan tidak lewat pada 17 Jun.
    Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai pendaftaran bolehlah merujuk Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, bilangan 3/2023.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda