Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pendarat bulan Jepun tangguh misi

    TOKYO, 1 FEB – Selepas pulih seketika, pendarat bulan Jepun tidak dapat berfungsi tetapi akan meneruskan misinya jika ia terselamat dari malam lunar selama dua minggu, kata agensi angkasa lepas hari ini.

    Pendarat Pintar untuk Menyiasat Bulan (SLIM) mendarat pada bulan lalu pendaratannya mengalami masalah di aman panel solarnya menghadap ke arah yang salah.

    Ketika sudut matahari beralih, ia kembali hidup selama dua hari pada minggu ini dan menjalankan pemerhatian saintifik ke atas sebuah kawah dengan kamera berspesifikasi tinggi.

    “Selepas menyelesaikan operasi dari 30 hingga 31 Januari, SLIM, memasuki tempoh tidak aktif selama dua minggu pada malam lunar yang panjang,” kata agensi angkasa lepas JAXA di X, sebelum ini Twitter.

    “Walaupun SLIM tidak direka untuk malam lunar, kami merancang untuk cuba beroperasi semula mulai pertengahan Februari, apabila matahari akan bersinar semula pada sel solar SLIM.”

    JAXA berkata SLIM ‘berjaya melengkapkan pemerhatian… seperti yang dirancang pada asalnya’ dengan kamera spektroskopi pelbagai jalur dan boleh mengkaji lebih banyak kawasan sasaran daripada jangkaan awal.

    Agensi angkasa lepas hari ini juga menyiarkan gambar hitam-putih permukaan berbatu yang diambil oleh kapal angkasa itu.

    Ia disusuli imej lain yang dihantar pulang dari misi untuk menyiasat kawasan terdedah daripada lapisan bulan, lapisan dalam yang biasanya jauh daripada lapisan luarnya. – AFP

    Gambar fail yang diterbitkan oleh Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA)/Takara Tomy/Sony Group Corporation/Universiti Doshisha menunjukkan imej yang diambil oleh Lunar Excursion Vehicle 2 (LEV-2) robot pengembara bulan yang dipanggil Smart Lander for Investigating Moon, atau SLIM, di bulan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...